Privasi Polisi
A. Pengenalan
Elabram dan syarikat bersekutunya (secara kolektif "Kumpulan Elabram" atau "kami") komited untuk melindungi kerahsiaan maklumat dan privasi calon, pelanggan dan pengguna lain ("Subjek Data") berkenaan laman web dan perkhidmatan kami.
Kumpulan Elabram mendukung hak privasi anda dan pengendalian Data Peribadi anda secara berhati-hati. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami akan kekal rahsia dan hanya digunakan mengikut Dasar Privasi ini sahaja.
Dasar Privasi ini antara lain menjelaskan cara Kumpulan Elabram:-
-
Memproses data anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pelupusan;
-
Jenis Data Peribadi yang diproses;
-
Hak anda sebagai Subjek Data; dan
-
Langkah keselamatan yang kami tetapkan untuk memastikan Data Peribadi anda diuruskan secara berhati-hati dan selamat.
Dasar Privasi ini boleh dipinda dari semasa ke semasa dengan mengambil kira undang-undang dan teknologi baharu, perubahan pada operasi dan amalan kami serta bagi memastikan ia kekal sesuai dengan persekitaran yang berkembang. Sebarang maklumat di dalam rekod kami akan dikawal oleh versi terkini Dasar Privasi Kumpulan Elabram seperti yang dipaparkan di dalam laman web kami.
B. Definisi
Sepanjang Dasar Privasi ini, terma-terma berikut hendaklah mempunyai maksud berikut:
| "kebenaran" | bermaksud apa-apa petunjuk yang diberi secara bebas, khusus, termaklum dan jelas tentang kehendak individu yang mana dia, melalui kenyataan atau tindakan afirmatif yang jelas, menandakan persetujuan kepada pemprosesan Data Peribadi yang berkaitan dengannya; |
| "Pengguna Data" | bermaksud seseorang yang sama ada berseorangan atau bersesama atau bersama dengan orang lain memproses apa-apa Data Peribadi atau mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi, tetapi tidak termasuk seorang Pemproses Data; |
| "Pemproses Data" | bermaksud berhubung dengan Data Peribadi, ertinya mana-mana orang, selain seorang pekerja Pengguna Data, yang memproses data peribadi itu semata-mata bagi pihak pengguna data itu, dan tidak memproses data peribadi itu bagi apa-apa maksud persendiriannya; |
| "Data Peribadi" | bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan individu yang boleh dikenal pasti, seperti nama, nombor pengenalan, data lokasi atau pengecam dalam talian. Sila rujuk bahagian di bawah mengenai perkara yang terdiri daripada "Data Peribadi" dalam skop perkhidmatan Kumpulan Elabram; |
| "pemprosesan" | bermaksud sebarang operasi atau set operasi yang dilakukan pada Data Peribadi, seperti pengumpulan, rakaman, penyusunan, penstrukturan, penyimpanan (termasuk pengarkiban), penyesuaian atau pengubahan, pengambilan semula, perundingan, penggunaan, pendedahan melalui penghantaran, penyebaran atau sebaliknya menyediakan, penjajaran atau gabungan, sekatan, pemadaman atau pemusnahan; |
| "pemprofilan" | bermaksud apa-apa bentuk pemprosesan automatik Data Peribadi yang terdiri daripada penggunaan Data Peribadi untuk menilai aspek peribadi tertentu yang berkaitan dengan individu, khususnya untuk menganalisis atau meramalkan aspek mengenai prestasi individu itu di tempat kerja, keadaan ekonomi, kesihatan, pilihan peribadi, minat , kebolehpercayaan, kelakuan, lokasi atau pergerakan; |
C. Pengumpulan Data Peribadi
Untuk menggunakan laman web kami dan untuk menjalankan perkhidmatan kami sebagai agensi pekerjaaan dan penyedia aplikasi HR, Kumpulan Elabram boleh mengumpul maklumat peribadi anda termasuklah tetapi tidak terhad kepada:
-
Butiran peribadi seperti nama anda, nombor pengenalan, jantina, bangsa, tarikh lahir, umur, status perkahwinan dan kewarganegaraan.
-
Butiran untuk dihubungi termasuk alamat pos, nombor telefon dan alamat e-mel.
-
Latar belakang pendidikan, kelayakan, sejarah kerja, kelayakan profesional & keahlian, lesen, maklumat gaji dan hak anda untuk bekerja di negara tertentu.
-
Kemahiran bahasa.
-
Foto gambar.
-
Profil media sosial & pengecam dalam talian seperti alamat e-mel dan kata laluan semasa pendaftaran dengan laman web kami.
-
Objektif kerja anda dan maklumat lain daripada Curriculum Vitae ("CV") atau resume anda. Jika anda akan dipertimbangkan untuk jawatan tertentu, kami juga mungkin mengumpul rujukan daripada penyokong/referi yang dicalonkan anda.
-
Penggunaan & pilihan laman web, penggunaan layaran, cookies, sejarah carian.
Kumpulan Elabram akan mendapatkan persetujuan anda sebelum pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi yang sensitif seperti rekod perubatan dan butiran agama seperti yang termaktub di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
D. Sumber Pengumpulan Data Peribadi
Kumpulan Elabram mengumpul Data Peribadi secara terus daripada anda melalui telefon, e-mel, laman web kami atau kaedah lain. Data akan di kumpul daripada anda apabila anda:
-
Menyerahkan CV, resume atau borang permohonan melalui laman web atau secara terus kepada kami.
-
Mengisi dan menyerahkan borang pendaftaran.
-
Melanggan e-mel makluman kerja.
-
Memohon ke jawatan-jawatan di laman web kami.
-
Menyerahkan sebarang maklumat lain berkaitan dengan permohonan anda untuk pendaftaran.
-
Secara langsung atau tidak langsung membekalkan maklumat kepada kami untuk didaftarkan bersama aplikasi Axdif HR.
Setakat anda mengakses laman web kami, membaca atau mengklik e-mel daripada kami, kami juga mungkin mengumpul data tertentu secara automatik atau melalui penzahiran oleh anda seperti browser cookies.
Kami juga mungkin mengumpul data anda daripada sumber awam, agensi kerajaan, pembekal perkhidmatan lain (termasuk JobStreet, Indeed, LinkedIn atau lain-lain), rakan kongsi atau kontraktor, penyokong/referi atau bekas majikan.
Kumpulan Elabram memerlukan kebenaran anda untuk membolehkan kami mengumpul Data Peribadi daripada anda atau pihak ketiga. Kebenaran sedemikian hanya boleh diberikan selepas anda membaca dan memahami Dasar Privasi ini yang mana kegagalan di dalam memberikan kebenaran sedemikian akan menjejaskan kelayakan anda untuk menggunakan perkhidmatan kami.
E. Tujuan Penggunaan
Kumpulan Elabram menggunakan maklumat peribadi anda untuk membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kami kepada anda dan membantu anda mencari pekerjaan baharu yang mungkin sesuai untuk anda. Kami menggunakan maklumat peribadi anda supaya kami dapat memahami kemahiran, pengalaman dan kelayakan anda untuk mencari peluang pekerjaan baharu yang sepadan dengan profil anda. Secara lebih khusus, Kumpulan Elabram boleh menggunakan maklumat anda atas sebab-sebab berikut:-
-
Untuk berkomunikasi dan/atau memberikan anda perkhidmatan pengambilan pekerjaan kami;
-
Untuk memadankan butiran anda dengan jawatan kosong yang kami rasa mungkin sesuai untuk anda;
-
Untuk memohon pekerjaan bagi pihak anda dengan menghantar data anda kepada pelanggan kami;
-
Untuk memasarkan perkhidmatan pengambilan pekerjaan kami kepada anda;
-
Untuk memaklumkan anda tentang sebarang perkembangan industri yang berkaitan dengan anda;
-
Untuk menghantar butiran kepada anda tentang sebarang acara atau promosi;
-
Untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan yang berkenaan;
-
Untuk mengekalkan dan mempromosikan hubungan perniagaan Kumpulan Elabram; dan
-
Untuk membolehkan penggunaan aplikasi Axdif HR
Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan persetujuan atau menarik balik persetujuan anda bagi pemprosesan Data Peribadi anda, ia akan menghadkan keupayaan kami untuk memberikan perkhidmatan kepada anda. Ini bermakna kami tidak akan dapat:-
-
Menyertakan profil anda dalam pangkalan data calon kami untuk dipertimbangkan bagi sebarang kekosongan jawatan yang relevan
-
Berkongsi resume dan maklumat berkaitan anda dengan majikan yang berpotensi
-
Menghubungi anda mengenai peluang pekerjaan tertentu yang sepadan dengan kemahiran dan pengalaman anda
-
Memberikan anda makluman terkini mengenai proses pengambilan pekerja
-
Membenarkan penggunaan aplikasi Axdif HR
F. Penzahiran Data Peribadi
Walaupun kami berusaha untuk memastikan Data Peribadi anda selamat dan kekal sulit, kami mungkin menzahirkan Data Peribadi anda untuk tujuan di atas yang mana penzahiran tersebut hanya akan di buat untuk tujuan yang dinyatakan. Kumpulan Elabram boleh menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti berikut:
-
Untuk memperkenalkan anda kepada bakal majikan yang merupakan pelanggan Kumpulan Elabram, untuk mereka menilai kesesuaian anda sebagai pemohon untuk jawatan dalam organisasi mereka;
-
Untuk mematuhi sebarang permintaan daripada pihak berkuasa kawal selia atau penguatkuasaan undang-undang untuk penzahiran Data Peribadi tersebut jika mereka memerlukannya;
-
Untuk berkongsi maklumat anda dengan perunding lain dalam Kumpulan Elabram dengan tujuan memberikan anda perkhidmatan pengambilan pekerjaan di lokasi lain;
-
Bagi membolehkan penggunaan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang melaksanakan fungsi bagi pihak kami termasuk perunding luar dan penasihat profesional seperti peguam, juruaudit dan akauntan, fungsi sokongan teknikal dan perunding IT untuk menjalankan kerja ujian dan pembangunan pada sistem IT kami di mana kami mempunyai perjanjian pemprosesan yang munasabah (atau perlindungan serupa) di kuatkuasakan;
-
Kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk menjalankan semakan rujukan, semakan kelayakan, pengesahan butiran yang anda berikan atau untuk menjalankan penilaian psikometrik atau kemahiran;
-
Kepada pemproses data, rakan kongsi perniagaan atau mana-mana orang yang kami bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan pengambilan pekerjaan kepada anda;
-
Pembekal storan IT dan penyimpanan dokumen pihak ketiga di mana kami mempunyai perjanjian pemprosesan yang sesuai (atau perlindungan serupa) yang berkuat kuasa;
-
Platform dan pembekal teknologi pemasaran;
-
Jika Kumpulan Elabram atau perniagaannya bergabung dengan atau diperoleh oleh perniagaan atau syarikat lain, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan pemilik baharu perniagaan atau syarikat itu. Anda akan dihantar notis sedemikian; atau
-
Untuk meningkatkan perkhidmatan aplikasi HR kami.
G. Pemindahan Maklumat Ke Luar Negara
Kumpulan Elabram ialah sebuah syarikat antarabangsa yang beribu pejabat di Malaysia. Pangkalan data kami terletak di Singapura. Setelah menerima maklumat peribadi anda, ia akan dipindahkan dengan segera dan selamat ke sistem kami yang dihoskan di Singapura. Selain itu, dalam memastikan data anda selamat, apabila kami memindahkan data ke luar Singapura untuk tujuan yang dinyatakan di bawah Dasar Privasi ini, kami hanya akan memindahkan ke lokasi yang mematuhi undang-undang perlindungan data dan dengan cara pemindahan yang mempunyai perlindungan yang mencukupi tersedia.
Selain itu, perunding kami di pejabat Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura mungkin menawarkan untuk berkongsi maklumat anda dengan perunding di negara lain. Dalam keadaan sedemikian, perunding akan menghubungi anda untuk mengesahkan bahawa anda bersetuju untuk berkongsi maklumat anda dengan cawangan Kumpulan Elabram yang lain.
H. Keselamatan dan Penyelenggaraan Data Peribadi
Kumpulan Elabram mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi anda daripada akses, pendedahan, pengubahan dan pemusnahan yang tidak sah. Kami telah membangunkan dan/atau menerima pakai sistem untuk penyimpanan Data Peribadi yang menggunakan mekanisme dan teknologi yang sesuai, termasuk akses yang terhad terhadap pekerja, kakitangan, pegawai, wakil syarikat, pemegang saham, orang yang diberi kuasa, pengarah, dan ejen kami supaya mereka hanya boleh mengakses Data Peribadi sekiranya perlu sahaja untuk mengelakkan penggunaan tanpa kebenaran, pendedahan, pemadaman atau akses kepada Data Peribadi anda.
Matlamat kami adalah untuk memastikan maklumat peribadi di dalam simpanan kami adalah tepat dan terkini. Sekiranya butiran anda berubah, sila hubungi perunding anda untuk memaklumkan mereka. Jika anda telah membuat profil dengan Kumpulan Elabram melalui laman web kami, maka anda boleh mengemas kini atau memadam maklumat peribadi anda bila-bila masa anda mahu. Untuk melakukan ini, log masuk ke profil anda dan sunting atau padam maklumat yang telah anda serahkan.
I. Privasi di Laman Web Kami
Anda mempunyai pilihan untuk menyerahkan CV anda kepada Kumpulan Elabram melalui laman web kami bagi tujuan pertimbangan secara umum oleh perunding kami atau bagi tujuan permohonan untuk jawatan tertentu yang diiklankan. Selepas penyerahan CV anda, ia akan dihantar kepada perunding pengambilan yang berkaitan yang akan menyemak butiran anda dan akan menasihati anda sekiranya berkaitan. CV anda boleh dikemas kini pada bila-bila masa dengan mengikut prosedur yang sama apabila anda menghantar CV baharu di laman web kami.
Makluman Kerja melalui E-melAnda boleh bersetuju untuk menerima e-mel makluman tentang pekerjaan baharu di laman web kami. Bagi tujuan tersebut, anda perlu memberikan alamat e-mel anda untuk tujuan makluman melalui e-mel tentang pekerjaan dan/atau berita terkini terkait industri pilihan anda. Jika anda tidak mahu lagimenerima e-mel sedemikian, pautan nyahlanggan disediakan dalam setiap e-mel yang anda terima daripada kami.
Maklumat Berkumpulan tentang Pelawat Laman WebKumpulan Elabram mengumpulkan statistik berkenaan semua pelawat ke laman web kami di seluruh dunia. Kami hanya menggunakan data sedemikian secara berkumpulan supaya maklumat yang kami kumpulkan tidak dapat mengenal pasti individu. Kami menggunakan maklumat sedemikian untuk memantau laman web kami yang paling berkesan agar kami dapat meningkatkan tawaran dalam talian kami untuk manfaat pengguna kami.
CookiesCookies ialah fail teks ringkas yang disimpan pada komputer atau peranti mudah alih anda oleh pelayan laman web. Setiap cookies adalah unik untuk pelayar web anda. Ia mengandungi beberapa maklumat tanpa nama, seperti pengecam unik dan nama laman.
Kumpulan Elabram juga menggunakan cookies 'analitik' untuk membolehkan kami menambah baik cara laman web kami berfungsi, contohnya dengan memastikan pengguna dapat mencari perkara yang mereka perlukan dengan mudah.
Apabila anda melawati laman web Kumpulan Elabram, dengan persetujuan anda, kami akan mengakses cookies pelayar web anda. Kami menggunakannya untuk mengingati butiran log masuk anda, untuk menjejaki trafik web keseluruhan dan untuk mengakses maklumat dalam cache tentang sesi anda untuk membantu anda dalam penggunaan laman web kami. Maklumat seperti carian terakhir anda akan di-cache. Walau bagaimanapun, maklumat seperti ini akan dipadamkan setiap kali anda menutup pelayar web anda. Kebanyakan penyemak imbas akan membenarkan anda menyekat akses kepada cookies anda. Walau bagaimanapun, dengan menyekat akses Kumpulan Elabram kepada cookies anda, anda hanya dapat menggunakan laman web kami secara terhad.
J. Tempoh Masa Penyimpanan
Kumpulan Elabram akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan tujuan pengumpulan tersebut termasuk sepanjang tempoh anda menjadi calon kami yang ingin menerima perkhidmatan pengambilan pekerjaan atau pengguna aplikasi HR kami. Hubungan kami dengan anda sebagai calon mungkin berterusan selama beberapa tahun tetapi pada bila-bila masa, sekiranya anda ingin data anda dipadamkan, Elabram Group akan bertindak segera untuk memadam data anda daripada semua pangkalan data kami setelah menerima permintaan tersebut untuk pemadaman.
K. Hak Subjek Data
- Untuk memohon akses kepada data peribadi
Anda mempunyai hak untuk memohon akses kepada Data Peribadi yang diproses oleh kami setelah kami menerima notis yang munasabah.
- Untuk memohon pembetulan kepada data peribadi
Anda mempunya hak untuk memohon bagi satu pembetulan dan/atau kemaskini Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan zaman.
- Untuk menghadkan pemprosesan data peribadi
Anda berhak untuk menghad pemprosesan Data Peribadi oleh kami dengan menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini, termasuk bagi tujuan pemasaran terus tertakluk sentiasa kepada sebarang sekatan undang-undang yang terpakai, obligasi kontrak dan di dalam jangka masa yang munasabah.
L. Penguatkuasaan Hak
Semua permohonan berkenaan hak individu hendaklah dihantar ke pegawai seperti yang dinyatakan. Kumpulan Elabram akan membuat maklum balas terhadap sebarang permintaan Subjek Data untuk akses atau sebarang permintaan yang berkaitan dengan pembetulan, pemadaman, sekatan, kemudahalihan data atau bantahan atau proses membuat keputusan atau pemprofilan automatik dalam tempoh satu bulan selepas permintaan itu diterima. Kumpulan Elabram boleh melanjutkan tempoh ini selama dua bulan lagi jika perlu, dengan mengambil kira kerumitan dan bilangan permintaan.
Apabila Kumpulan Elabram menganggap bahawa permohonan adalah dengan jelas tidak berasas atau berlebihan disebabkan sifat permohonan yang berulang, maka kami mungkin enggan melayan permintaan tersebut atau mungkin mengenakan bayaran yang berpatutan, dengan mengambil kira kos pentadbiran yang terlibat.
M. Perubahan Kepada Dasar Privasi
Kumpulan Elabram boleh meminda, mengubah suai, menambah, memadam atau membuat pembetulan pada Dasar Privasi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu, yang akan berkuat kuasa apabila dipamerkan. Anda disyorkan untuk menyemak Dasar Privasi ini secara berkala untuk sebarang pindaan. Penggunaan berterusan anda terhadap Laman Web ini dan/atau Perkhidmatan kami selepas penerbitan sebarang pengubahsuaian akan ditafsirkan sebagai pengakuan dan persetujuan anda terhadap perubahan tersebut.
N. Cara Untuk Menghubungi
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut tentang Data Peribadi yang kami proses atau cara maklumat anda di kumpul atau digunakan yang tidak dinyatakan oleh Dasar Privasi ini, sila hubungi kami di [email protected] atau berususan di alamat berikut:-
Elabram Group
Pusat Bisnis Thamrin City
7th Floor, Units OS O1 A,B and OS O2 A,B,C
JI. Thamrin Boulevard (Kebon Kacang Raya)
Jakarta Pusat 10230
Tel: +62 21 3970 3646
Atau bagi Malaysia
Elabram Systems Sdn Bhd
T2-L9-1 & 3, Level 9
IOI City Tower 2
Lebuh IRC, IOI Resort City
62502 Putrajaya
Tel: +6010 388 9858
O. Hak Khusus Berdasarkan Kawasan
-
GDPR
Under GDPR, the data subject has certain important rights. These include (but are not limited to) the following:
- The right for access to data and data portability
-
You have the right to receive your Personal Data, which you have provided to us previously, in a structured, commonly used and machine-readable format. Further you have the right to request us to transmit your Personal Data to another data controller in circumstances where:
-
The processing is based on your consent or a contract; and
-
The processing is carried out by automated means.
-
-
Where feasible, Elabram Group will send the Personal Data to a named third party upon your request.
-
- The right to have data rectified
-
You may request Elabram Group to rectify any inaccurate or incomplete Personal Data concerning yourself. If Elabram Group has given your Personal Data to any third parties we will inform the third parties that we have received a request to rectify your Personal Data unless this proves impossible or involves disproportionate effort. Such third parties will further rectify the Personal Data they hold. However, Elabram Group is not in a position to audit those third parties to ensure that the rectification has occurred.
-
- The right to "be forgotten"
-
This refers to your right to have your Personal Data completely deleted from our database, including from any third parties who may have access to that data.
-
You may request, at any time, to have your Personal Data deleted completely from all Elabram Group's databases. Upon receipt of such a request, we will request confirmation of whether you require complete erasure of your Personal Data or alternatively you are agreeable for us to keep your details a list of individuals who do not want to be contacted in the future (for a specified period or otherwise). We cannot keep a record of individuals whose data has been erased completely so you may be contacted again by Elabram Group should we come into possession of your Personal Data at a later date.
-
If Elabram Group has disclosed the Personal Data to any third parties, we will inform the third parties of your request for erasure unless this proves impossible or involves disproportionate effort. The third parties will also completely erase the Personal Data they hold. However, Elabram Group is not in a position to audit those third parties to ensure that the erasure has occurred.
-
It should be noted that where there are legal requirements for Elabram Group to store data for a certain period of time, related to our business, which includes elements of your Personal Data, we will not be able to delete that data until after the statutory retention period.
-
- The right to restrict the processing of your data
-
You have the right to ask Elabram Group to restrict its processing of your Personal Data where:
-
You challenge the accuracy of the Personal Data we are storing;
-
The processing is unlawful but you oppose its erasure;
-
Elabram Group no longer needs your Personal Data for the purposes of the processing, but your Personal Data is required for the establishment, exercise or defence of legal claims; or
-
You have objected to processing (on the grounds of a public interest or legitimate interest) pending the verification of whether the legitimate grounds of Elabram Group override those of the individual.
-
-
If Elabram Group has given your Personal Data to any third parties we will inform the third parties that we have received a request to restrict the Personal Data, unless this proves impossible or involves disproportionate effort.
-
- The right to lodge a complaint
-
You have the right to object to your Personal Data being processed based on a public interest or a legitimate interest. You also can object to the profiling of your data based on a public interest or a legitimate interest.
-
Upon receiving a claim from you, Elabram Group shall cease processing unless it has compelling legitimate grounds to continue to process the Personal Data which override the individual's interests, rights and freedoms or for the establishment, exercise or defence of legal claims.
-
You also have the right to object to your Personal Data being used for direct marketing.
-
- The right to object to automated decision making
-
Elabram Group will not subject individuals to decisions based on automated processing that produce a legal effect or a similarly significant effect on the individual, except where the automated decision:
-
Is necessary for the entering into or performance of a contract between the data controller and the individual
-
Is authorised by law; or
-
The individual has given their explicit consent.
-
-
Elabram Group will not carry out any automated decision-making or profiling using the Personal Data of a child.
-
- The right for access to data and data portability
-
THAILAND
- Right of Access
You have the right to request access to and obtain a copy of your Personal Data collected, used, or disclosed by us, or to disclose the acquisition of your Personal Data that has been collected without your consent.
- Right to Data Portability
You have the right to request your Personal Data held by us in a structured, machine-readable format. This right includes the following:
-
The right to request that we transfer your Personal Data held by us, in a structured, machine-readable format, to another data controller, where such transfer can be done automatically; and
-
The right to obtain a copy of your Personal Data that we have transferred in a structured, machine-readable format to another person unless this is not technically possible.
-
- Right to object
You have the right to object to our processing of your Personal Data in certain circumstances as described in this Privacy Policy.
- Right to request erasure or destruction of Personal Data
You have the right to request that we erase, destroy or anonymize your Personal Data that we hold and no longer require.
- Right to restrict processing
You have the right to ask us to restrict the processing of your Personal Data if you believe that your Personal Data is incorrect, or that the processing of such Personal Data is unlawful, or where your Personal Data no longer needs to be held by us for any purpose.
- Right of rectification
You have the right to request that we correct your Personal Data that is incorrect, misleading, or not up to date.
- Right to withdraw your consent
You may withdraw your consent at any time unless otherwise specified by law or by a contract under which you benefit.
- Right to complain
You have the right to complain to a competent authority in cases where you believe that our processing of your Personal Data is unlawful or contrary to the applicable Data Privacy Act.
- Right of Access